Jangan hanya kau lihat pada mataku,
Kerana apa yang dilihat bukan apa yang tersirat,
Usah hanya menuding jarimu,
Mencari kesilapan yang kusedari sejak dulu.
Tidak kupinta simpatimu,
Biarlah diri ini terus dilukai,
Kerana hujan tetap berhenti, mendung pasti berarak pergi,
Pabila muncul sang mentari, tabah aku disini.
Kata maafmu umpama jauhari,
Tak akan mungkin diri ini memiliki,
Cinta bagai angin yang terus berlalu pergi,
Dinginnya terasa, menambah berat dihati.
Tuhan andai ini takdirMu,
Aku pasrah dalam meniti kehidupanku,
Biarlah kucari ketenangan disanubari,
Moga terubatlah rindu, terpadamlah sepi
0 comments:
Post a Comment